Subjek
ICT akan menjadi TMK pada tahun hadapan bermula dengan tingkatan 4. Ini
juga bermakna jika mengikut perancangannya SPM ICT 2013 menggunakan
bahasa melayu sepenuhnya. Ada beberapa kesan daripada perubahan ini.
Perkara ini mungkin terjadi kepada segelintir sekolah sahaja.
Pengambilan murid yang mengambil subjek ini datang daripada pelajar
kelas pertengahan. Jika sebelum ini ia menjadi masalah kerana guru perlu
mengajar dalam Bahasa Inggeris yang mana murid-murid sukar mencapai
objektif pengajaran. Oleh kerana kerja kursus yang merangkumi 30%
daripada keseluruhan markah SPM, maka mungkin agak mudah untuk lulus
100% namun dengan kualiti yang tidak seberapa. Apabila ICT menjadi TMK,
ada terdengar juga berita terdapat sekolah yang ingin pelajar yang
mengambil ICT ini datang daripada kelas yang jauh ke bawah. Ini tentunya
akan memeningkan guru yang mengajar. Pihak sekolah beranggapan apabila
sudah diajar dalam bahasa melayu. maka TMK tidak lah sesukar mana untuk
diajar. Benarkah begitu ??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment