Buletin

Apabila ICT Menjadi TMK


Subjek ICT akan menjadi TMK pada tahun hadapan bermula dengan tingkatan 4. Ini juga bermakna jika mengikut perancangannya SPM ICT 2013 menggunakan bahasa melayu sepenuhnya. Ada beberapa kesan daripada perubahan ini. Perkara ini mungkin terjadi kepada segelintir sekolah sahaja. Pengambilan murid yang mengambil subjek ini  datang daripada pelajar kelas pertengahan. Jika sebelum ini ia menjadi masalah kerana guru perlu mengajar dalam Bahasa Inggeris yang mana murid-murid sukar mencapai objektif pengajaran. Oleh kerana kerja kursus yang merangkumi 30% daripada keseluruhan markah SPM, maka mungkin agak mudah untuk lulus 100% namun dengan kualiti yang tidak seberapa. Apabila ICT menjadi TMK, ada terdengar juga berita terdapat sekolah yang ingin pelajar yang mengambil ICT ini datang daripada kelas yang jauh ke bawah. Ini tentunya akan memeningkan guru yang mengajar. Pihak sekolah beranggapan apabila sudah diajar dalam bahasa melayu. maka TMK tidak lah sesukar mana untuk diajar. Benarkah begitu ?? 


Mengubah Sikap Dengan Cara Berlainan
Mengubah sikap yang telah lama menjadi kebiasaan sememangnya sukar. Apa

tah lagi jika ingin mengubah sikap tersebut dengan cara yang menyeronokkan dan kelakar. Sememangnya ia boleh berlaku dengan pemikiran "thinking out of the box". Saya sendiri ingin selalu berfikiran seperti itu.. Jom tonton video bagaimana sikap seseorang boleh diubah dengan cara yang kelakar dan menyeronokkan. Klik http://thefuntheory.com/

No comments:

Post a Comment