Saturday, June 9, 2012

Apabila ICT Menjadi TMK


Subjek ICT akan menjadi TMK pada tahun hadapan bermula dengan tingkatan 4. Ini juga bermakna jika mengikut perancangannya SPM ICT 2013 menggunakan bahasa melayu sepenuhnya. Ada beberapa kesan daripada perubahan ini. Perkara ini mungkin terjadi kepada segelintir sekolah sahaja. Pengambilan murid yang mengambil subjek ini  datang daripada pelajar kelas pertengahan. Jika sebelum ini ia menjadi masalah kerana guru perlu mengajar dalam Bahasa Inggeris yang mana murid-murid sukar mencapai objektif pengajaran. Oleh kerana kerja kursus yang merangkumi 30% daripada keseluruhan markah SPM, maka mungkin agak mudah untuk lulus 100% namun dengan kualiti yang tidak seberapa. Apabila ICT menjadi TMK, ada terdengar juga berita terdapat sekolah yang ingin pelajar yang mengambil ICT ini datang daripada kelas yang jauh ke bawah. Ini tentunya akan memeningkan guru yang mengajar. Pihak sekolah beranggapan apabila sudah diajar dalam bahasa melayu. maka TMK tidak lah sesukar mana untuk diajar. Benarkah begitu ?? 

ICT Ke TMK. Bila Bermula ???


Selaras dengan pemansuhan PPSMI, subjek ICT juga tidak terkecuali akan berubah semula kepada TMK (Teknologi Maklumat & Komunikasi). Pada tahun hadapan tingkatan 4 akan mula diajar dalam bahasa melayu. Seterusnya pada 2013, SPM subjek TMK akan bermula. NAMUN begitu bagaimana pula dengan silibusnya. Melalui info yang saya perolehi, belum ada perubahan besar dari silibus untuk tahun hadapan. Guru masih menggunakan apa yang ada cuma pengajaran sahaja yang dilakukan sepenuhnya dalam bahasa melayu. Secara berperingkat bahan-bahan pengajaran dalam bahasa melayu  dibuat (buat sendiri !!)
Perubahan drastik yang akan berlaku adalah apabila KSSM bermula. Dapatan awal tidak rasmi adalah 6 Learning Area sedia ada kini akan hanya menjadi 5 sahaja. Learning Area 1 akan dipecahkan. Tingkatan satu hingga 3 akan mempunyai subjek ict (nama subjek belum diputus secara rasmi)  di mana kebanyakan topik learning Area 1 akan berada di situ. Diberitakan juga Ms Access (topik database) akan diganti dengan MySQL. jadi jika guru ict tidak mahir, maka boleh la mula belajar serba sedikit agar jika ia menjadi kenyataan tidaklah terkejut sangat nanti..

**info-info ini diperolehi semasa mengikuti mesyuarat dengan BPK tahun lepas dan awal tahun ini dimana saya tidak lagi mengikutinya kerana dah penat... Barang diingat, ianya belum rasmi lagi...sebarang perubahan saya tidak bertanggungjawab ke atasnya...jadi saya minta maaf awal2..jika tak sama dengan kenyataan diatas...
Info from rmmict